Tempat tempat menarik
Jadi, kalau anda bercuti di KL dengan keluarga, kemungkinan besar anda habis beratus ringgit hanya untuk tiket masuk. Jangan berpeluh tau? Ada aktiviti dan tarikan percuma di Kuala Lumpur yang boleh anda buat atau lawat bila anda bercuti di sini. Jom kami tunjukkan. 1. Layan KLCC Park Kredit via www.kuaby.com Bila anda di KL, singgah KLCC Park. Pertama, sebab ianya dekat dengan Menara Berkembar Petronas. Kedua, sebab ada tempat best untuk anak-anak di bawah 10 tahun. Si kecil anda memang tak senang duduk tengok kolam randuk untuk mereka mandi manda. Dan kalau itupun belum cukup meletihkan, ada taman permainan yang besar di sini. Dari swing sampailah ke slide, banyak tempat bermain yang bermacam ragam untuk mereka habiskan masa mereka. 2.Layan KLCC Lake Symphony Kredit via www.flickr.com Jika anda berada di KLCC waktu malam, jangan lupa pergi keluar dari Suria Mall dan jengah KLCC Lake Symphony. Di sini, ada pertunjukan air pancut di kolam KLCC ...
Comments
Post a Comment